Tuesday, January 4, 2011

Kalender BATA...

Bila tahun baru datang, macam2 kalender dapat sama ada di beri percuma, beli barang dapat kalender atau minta sendiri nak kalender tahun baru..Berbagai saiz kalender sekarang daripada saiz yg besar, sedang-sedang, kecik-kecik, 12 muka, 6 muka hingga lah 1 muka helai kalender.

Antara kalender tak brape lama dalam simpanan aku ialah kalender keluaran dari kasut BATA iaitu tahun 1989..




Kalender ini 2 helai sahaja, ringkas dan setiap helaian mengambarkan kehidupan binatang sedunia yang perlu di selamatkan sebelum spesis ini pupus selamanya.. BATA antara syarikat yang menyokong WWF..

Kalendar dari BATA tahun 1990..




Kalender ini 2 helai juga, ringkas dan setiap helaian mengambarkan tempat2 menarik di Malaysia, sukan dan alat permainan tradisional yg ada serta budaya resam di Malaysia. Tahun 1990 juga merupakan tahun melawat Malaysia, secara tak langsung BATA mempromosi Malaysia melalui kalender selain produk2 yg lain dari BATA.


2 comments:

Anonymous said...

kalu kalendar lama, mesti ada gambar masjid sultan salahudin dengan bangunan sultan abdul samad.. huhu

Fitri Osman said...

betoi bro...