Thursday, December 30, 2010

Lagi kasut BATA tapak merah.

Tahniah sekali lagi kepada team bola Harimau Malaya kita kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun terpaksa naik kereta perisai ke Stadium Gelora dari hotel penginapan sebelum sepak mula final round 2..Champion punya pasal cuti umum hari Jumaat.

Tinggal beberapa hari lagi juga 2010 nak abis dan sessi persekolahan 2011 akan bermula. Sudah pasti tauke baju, seluar, beg dan kasut sekolah pening kepala nak kira duit. Balik-balik mak bapak pening kepala duit sudah kopak. Itu belum kira yuran dan buku2 sekolah lagi. Apa-apa pun kita layan dulu muka depan suratkhabar The Straits Times malaysian edition bertarikh 19 May 1971.


Menariknya ada iklan kasut BATA di dalam helaian suratkhabar ini.


Dulu aku pernah posting pasal kasut Bata tapak hijau ( Badminton Master ) dan tapak merah. Kali ini masih tapak merah lagi tapi untuk design 28.



Design 28 ada tertulis tournament di dalam kasut tersebut.




Sisi tepi getah tapak design 28 ini juga ada beza skit dgn tapak merah yg pernah aku dapat satu lagi tu. Kasut ni aku dapat memang takde kotaknya. Saiz tapak 6.. Next, senang2 nanti aku posting kasut Bata untuk main sepak takraw pulak.

Monday, December 27, 2010

Tahniah Harimau Malaya !!! RM 30 = 3-0 ...

Tahniah buat skuad Harimau Malaya kita yg sudah menang 3-0 semalam di pentas final Piala AFF Suzuki 2010 untuk Round 1 di Stadium Bukit Jalil.. Memang dramatik dengan aksi dari pemain hingga le penyokong Malaysia & Indonesia. Terima kasih buat PDRM,FRU,RELA kerana bertungkus-lumus menjaga aku dan 79,999 penyokong Malaysia yg lain..



Ni ada beberapa gambar yg sempat aku ambik semalam dan gambar tak berapa clear sgt sebab snap gambar pakai camera hp. Tak bawak kamera sbb takut dibasahi hujan lebat. Pergi naik motor nak elak kesesakan jammed teruk. Memang hujan lebat masa aku turun dari rumah nak ke stadium semalam. Tapi sempat berteduh dulu di beberapa lokasi tempat motorsikal berteduh.


Sessi warming up pemain Harimau Malaya kira2 pukul 7.00 pm..


Masih banyak kekosongan tempat duduk di tgkt atas tempat duduk penyokong Indonesia.. Kira2 10 minit perlawanan sudah bermula tempat duduk tersebut telah di jajah rakyat Malaysia....






Setelah gol ke-3, penyokong Indon sudah mula pulang pak..


Penyokong Malaya pun mula pulang setelah tamat perlawanan dengan senyum bangat..!!!

Semoga round 2 di Stadium Gelora, kita doakan pasukan Harimau Malaya kita terus berjaya dan sekali gus menjuarai buat kali pertama..

Saturday, December 18, 2010

Tin Marjerin Planta

Semua orang kenal marjerin Planta. Sejak zaman dulu lagi. Teringat aku di masa kecik2 dulu sapu marjerin Planta dulu pada roti Sunshine, pastu tabur gula di atas, lipat separuh roti tu dan masuk mulut.. ermmm...sedap !!!




Tin marjerin Planta ni masih menggunakan lagi logo " Ditanggung Halal " versi rumi dan jawi dan sudah menggunakan sistem barkod. Keluaran oleh Lever Brothers. Dipercayai berada di pasaran menjelang 1990. Tin marjerin Planta yang masih belum digunakan lagi ini membuat aku tertarik untuk menyimpannnya..

Thursday, December 9, 2010

7up tin sardin..

Melihat pada 2 buah tin sardin 7up ni nampak satu tu berkarat dan satu lagi masih cun lagi laa.. Tiada nampak perbezaan pada tulisan, warna, bintik2 dan cantuman tin.





Tetapi bila di lihat pandangan atas tin sardin 7up ini baru tahu perbezaan jelas ketara kedua-dua buah tin sardin 7up ini. Pinjam tagline bro Sham " Sama tak serupa " .. satu 7up karbonat can dan satu lagi 7up coin can..


7up coin can yang malang ini dapat di memory lane Ipoh minggu lepas sewaktu jalan2 cari barang. Mungkin condition atas tin ini yang telah di kopek dan tak berapa cantik membuat coin can ini tidak tertarik hati pembeli walaupun harga di bawah RM5..



Apa yang kenkawan terpikir kenapa 7up coin can ini telah jadi begini dgn rakusnya....Comment anda...hehehe...???