Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya....



Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2 kolektor barang2 old skool dari botol, plastik, kaca, pinggan, kayu, duit dan macam2 lagi, semua followers dan pengunjung2 yg sudi melawati blog saya ini..Seribu kemaafan sekiranya ada tersalah silap saya kepada kawan2 semua..
Maaf juga diatas sedikit kelewatan posting dari saya kerana kesibukan saya di bulan puasa yg lalu sehinggakan tiada kesempatan untuk berjumpa sahabat2 kolektor dan blog..
Raya tahun ini juga saya terpaksa ON-Call sehingga raya ke-3...jadi kalau ada kwn2 yg openhouse sekitar Shah Alam/PJ/KL ke boleh le jemput saya datang...Heee...heeee...hee...



Wednesday, September 2, 2009

Tin lama…

Hari ni dah Ramadan ke-12…Bulan poser pasti sahur paling liat nak bangun..bila bersahur ni teringat zaman aku budak2 dulu…Dah le liat nak bangun, kadang2 makan pejam mata pun ada..Yang tak boleh aku lupa tu kalau minum air Milo panas, pasti ke jamban pastu…Sakit perut kalau minum Milo pagi2..Tak tau le nape sbb kalau siang hari minum takde apa2 pun…

Jadi hari ni juga posting skit tin Milo dulu-dulu..Tin Milo old skool ini sudah keluar sebelum awal 80-an lagi…Ada 4 saiz tin Milo tak silap aku dan yg ini saiz untuk Milo 500g…

Tin MILO...



Terdapat 3 bahasa pada tin Milo ini untuk rujukan bahan kandungan Milo, cara penyediaan air Milo dan alamat terakhir di tinkan juga tertera pada tin ini..


Rujukan bahasa dalam bahasa Cina dan Inggeris…


Rujukan bahasa dalam bahasa Melayu…


Bahagian penutup tin yg masih keadaan baik dan tidak berkarat…

Tin Quaker White Oats…

Ada setengah orang pulak bersahur makan bubur atau minum Oat je...Aku tak bleh…Mesti nak nasik jugak..Rupa2nye oat ni dah lama jual di pasaran sejak zaman dulu2 lagi..Sejak khasiat ia dihebah2 dalam iklan, baru le aku tau yg oat ini baik utk jantung, kurang kolestrol dalam badan dan banyak khasiat tersendiri…Pastu dulu dijual juga dalam tin seperti yg aku dapat ini..Ini antara design dan saiz yg aku dapat…


Quaker White Oats 400grams…



Rujukan bahasa Inggeris, Tamil dan Melayu untuk penyedian Oat ini…


Bahagian penutup tin ini juga masih keadaan baik dan tidak berkarat…