Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya....

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger botol lama,pinggan lama,perabot lama,gelas lama ,duit lama,jam lama,mug,signboard lama serta seller2 barang lama,runner2,tokey2 kedai dan tak lupa juga pembaca blog saya yg setia...


Sekiranya ada salah silap saya di dalam blog saya sendiri dan di luar sana, ingin saya minta maaf bebanyak...

Kepada mgtbobber,en.Mat,nazrin,sham tak serupa...sorry tak dapat berjumpa hari tu di Ipoh Station Cafe hari tu...maaf dari hujung botol hingga ke hujung crate..heehee....

Sunday, September 5, 2010

Shopping raya 26 tahun yg lalu.....

Pejam celik pejam celik, dah nak abis puasa...Semalam, sempat jugak aku bershopping membeli apa yang sempat untuk orang2 yg tersayang di MidValley Kolumpo orang Perak kata...Ketika kepala runsing melihat orang ramai sedang membeli belah di saat2 akhir semalam sebelum meninggalkan ibu kota bercuti hari raya, terkenang aku tempat aku di bawa orang tua aku membeli baju raya 26 tahun yg lalu...nak di banding tempat aku dulu dan sekarang memang jauh berbeza...




Buat orang2 Ipoh, pasti tempat ni antara tempat yang akan di kenang selama2nya..dan tempat yg di maksudkan aku ialah ' Emporium PERAK sdn bhd '...




Hanya beg kertas ini saje lah yg boleh aku simpan untuk kenangan aku selama2nya...Seingat aku la, selepas 'Emporium' menakluk bangunan ini, ' Parkson Ria' pula yang mengambil alih sebelum di tutup selamanya...Kini, bangunan ini telah di ubah suai dan akan di jadikan bangunan ???? dah lama tak lalu sini, gambar yg di ambil pun 2 bulan lepas tu kebetulan lalu di situ.. bro Alim junkerIpoh, nak buat apa bangunan ini haa...???

p/s : Papan tanda JKR tu tiada kena mengena dengan bangunan ini..ia untuk papan tanda kerja ubah suai jambatan lama yg tak jauh dari situ..menurut rakan2 Ipoh, ada banyak botol guli telah dijumpai ketika jambatan itu sedang di runtuh....

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka..!!!!!

Selamat Hari Merdeka 2010 buat kali ke-53 untuk semua blogger dan kenkawan Malaya yg sering mengunjungi blog saya..Walaupun sibuk menunggu waktu berbuka puasa, membeli baju raya, kueh raya, kira duit raya nak bagi nanti, ...jangan lupa bercuti rehat hari ni..


Walaupun suasana perayaan hari Merdeka agak suram tahun ini, apa2 pun sejarah kemerdekaan Malaya jangan kita lupakan..Mungkin kita tak sampai ke tahap hari ini...pikir2kan....

Selamat bercuti Merdeka Day dan selamat berbuka puasa pd semua umat Islam Malaya hari ini...

p/s : terima kasih pd tuan punya kereta itu..

Sunday, August 29, 2010

Captain Oats Malaya

Sambil menunggu waktu berbuka puasa baru2 ni, ada le rajin kejap aku mengelap barang koleksi yg sudah lama tak mengelap..sambil keluar barang2 tin dalam kotak terjumpa tin oat ini..rupa2nya ada lagi tin oat yg extra dalam koleksi aku ni...tin Captain Oats versi jawi..




Ramai kolektor mesti ada simpan tin Captain Oats versi jawi ini..walaupun kemek skit tapi tin ni masih ada lagi oatnya..belum di gunakan lagi..kenang2 balik tin ni kalau sesak2 nak makan nasik time sahur, rasanya elok di jamu time bersahur..apa kata kenkawan?? ada berani mencuba...??haahaa..haa...

Saturday, August 21, 2010

Bila-bila, dimana jua.....

Bila-bila, dimana jua....Kordial F&N.. baik bulan puasa atau hari2 biasa kalau dahaga di bancuh kordial ni pasti terangkat tekak...cuba lah sekarang!!! Rasanya puasa tahun lepas, saya ada posting kordial F&N perisa Sirap Ros. Tahun ni pulak perisa Rut Bir dan Oren Squash...

Kordial F&N Rut Bir..



Kordial F&N Skuas Oren...



Setakat ini aku berjaya memiliki 3 perisa kordial F&N yang masih dalam keadaan baik juga laa...Kordial ini masih terdapat pelbagai perisa lagi menurut kenkawan saya...pernah saya terlihat iklan kordial ini pada majalah wanita keluaran JUN 1982...




Akan datang kalau saya dapat perisa yg lain pulak, saya posting.. Untuk mendapat botol kordial ini yg kosong dan tidak berlabel tak le susah sangat berbanding yg masih ada kandungannya lagi...

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan....

Pejam celik pejam celik dah hari ke 4 kita berpuasa... hari ni aku start balik n3 blog aku ni.. Walaupun terlewat hari, aku nak wish kenkawan blog, silent reader semua yang seIslam " Selamat berpuasa dan berbuka puasa sebentar lagi "...

Terima kasih juga kepada kenkawan yang telah berhempas pulas menjayakan Trade Fair Botol Soda di Ampcorp Mall 8hb Ogos 2010 minggu lepas...


Kepada juga blogger2, collector2, silent reader, rakan2 facebook dan pengunjung yang hadir dari utara hingga selatan tanah air tempoh hari, kemeriahan hari tu datang dari korang semua...Tima kaseh semua....


Tahun depan venue trade fair botol soda di Penang? JB? Ipoh atau KL lagi ??? Apa2 pun selamat berpuasa semua.....

Sunday, August 1, 2010

Cegah sebelum terkena...

Biasanya barang2 aku dapat mesti aku bersihkan dulu sebelum di simpan di kawasan2 sewaktunya..Ada barang boleh rendam dulu, kemudian basuh dgn sabun la..Contoh yg mudah botol kosong dan gelas..Kalau barang yg mudah rosak atau terjejas di sebabkan air seperti kertas, aku mengguna kaedah seperti ini..




Ambil kain kering sehelai, buang habuk2 dulu..kalau ada taik lipas atau taik apa2 la, kasi kikis semampu yang boleh asalkan barang tu tak binasa..


Kalau ada duit lebih skit, tu kat Mydin ada jual murah skit tin spray anti bakteria..Salah satunya jenama Dettol yg tak asing lagi...


Kalau dah ada tu, kita kasi spray la...secara tak langsung kuman2 yg sudah melekat berpuluh tahun ada kurang la skit..Tips yg aku berikan ini aku tak jamin untuk kenkawan semua..Ini kaedah aku, mungkin kenkawan di luar sana tu ada cara lain yg lebih baik dari aku ini..

Al-maklum laa...sekarang ni barang2 lama kita tak tau kat mana cerok diaorg dapat..kalau kita menjember sendiri, kita tau la tahap mana kekumanan melekat barang tersebut..Yang paling aku takut sekarang ni kalau barang tu sudah di kencing Tikus!!! Kencing manusia boleh lawan lagi, kencing binatang ni..??? Cegah sebelum terkena...Play safe use....??? haaa...haaaa.....

Monday, July 19, 2010

Si kurus tinggi...

Bak kata cikgu Kamil " si kurus tinggi " mana pulak ni...Aku pun tak boleh nak jawab sebab yg pernah aku jumpa dan dapat pun si gemuk pendek, si gemuk sedang dan si gemuk tinggi...keunikan saiz tin ni membuat aku berminat untuk menyimpannya...




Aku dapat tin ni 2 bulan lepas kat lokain Ipoh..kata si penjual tersebut dia dapat pun dari orang tua berbangsa Cina..menurutnya lagi, askar British yg bawa tin ni ke Malaya masa tu...kalau kenkawan ada info lagi boleh roger2 lah kat aku dan kenkawan semua....

Wednesday, July 14, 2010

Hasil korek atas bumbung ( Part II - last )

Hari ni aku sambung balik cerita ( part 1 ) hari tu.. Demam bola pun dah abis..Mood pun dah pulih skit.. Barang lain yang aku dapat antaranya juga adalah produk dibuat dari satu alamat yg sama bernombor 95, Jalan Yew, Off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur iaitu..

Tin F&N Sarsi.





Tin F&N Aiskrim Soda.





Tin Sprite Limau-Nipis.





Tin Season Cincau dan Teh Buah kundur 300ml..

Tin ni boleh kata barulah tapi aku saje simpan.. bukan apa tin ni memang takde cop halal lagi masa tu...




Pet bottle Sun Crest 1.25 liter.




Condition pet botol ni memang tak nampak sangat pada plastik labelnya..Tinggal tulisan perisa oren je nampak. Alamat dikeluarkan pun tak jelas tapi aku rasa ini salah satu produk yg di keluar oleh Kickapoo.. betoi tak gitu kenkawan ?? itu saje barang2 yang sudah posting hasil dari dalam bumbung dan atas bumbung.. pasni kat mana pulak tunggulah di lain hari...

Tuesday, July 6, 2010

Hasil korek atas bumbung ( part I )…

tDemam bola Piala Dunia sekarang sudah ke tahap melampau skang.. Lama jugak aku menyawangkan blog aku ni..Seperti yg dijanjikan aku dulu, apabila semua barang yg aku dapat di atas bumbung tempoh hari sudah di cuci, maka aku posting la satu persatu..Antara barang yg aku dapat tin Coca-Cola Fifa Kejohanan Remaja Dunia 1997. Dah ada 2 tin mcm ni dalam koleksi aku dan 2 kali jugak dapat atas bumbung…

Tin Coca-Cola Malaysia sempena IXth Fifa / Coca-Cola World Youth Championship Malaysia' 97 ...




Condition overall baik cuma ada kesan simen kapur yg masih melekat pada tin tersebut..

Tin ZAP Anggur 285ml...

Beberapa bulan yang lepas aku pernah dapat pet botol 1.25 Liter minuman ZAP, kini tin aluminium 325ml perisa anggur pulak..




Satu lagi keluaran SBM Trading era 90-an dulu…

Tin Yoes Winter Melon Tea 300ml

Tin Yeos ni aku tak tau nak buat apa lagi…ada sesuatu aku nak tanya kat orang2 Johor semua kenapa tin ni di keluarkan di alamat Yoes Jalan Tandang, P.Jaya Selangor tapi cop Halal nya dikeluarkan oleh Majlis Agama Johor…Minta jugak kat kenkawan semua yg sudi bagi info tentang cop halal ini…