Wednesday, July 20, 2011

Laps tang kona....

Kalau kat bengkel-bengkel motor yang otai-otai pasti boleh jumpa poster motor GP era 80-an macam ni lagi.





Board untuk poster ini masih keadaan baik lagi. Eddie Lawson yang pernah popular ketika dulu. Tahun 1986 500cc Road Racing World Champion.

Tahun depan datang lagi....

Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Malaysia lwn Liverpool di Stadium Bukit Jalil 16hb Julai 2011 yang lalu. Rasanya tauke gerai minum dan burger untung besar memandangkan lebih 80,000 penyokong memenuhi segenap penjuru stadium. Suasana rasa macam kat Stadium Anfield pulak.









Tak patriotik ? Tak pakai baju kebangsaan? Tak tau nak komen apa kot ...


Thursday, July 14, 2011

Liverpool sudah tiba.....

Buat peminat Liverpool di Malaysia, saat kita sudah tiba. Ayuh !!!! Sabtu ini saksikan di Anfield Bukit Jalil bertemu skuad Harimau Malaya kita..hehehe..




Wajah Kenny Dalglish ketika berumur 29 tahun bersama Liverpool. Tahun 1977 merupakan tahun bermulanya beliau bersama pasukan Liverpool. Sebelum itu bermain untuk pasukan Celtic. Kini beliau pengurus pasukan Liverpool.

Wajah Ian Rush ketika berumur 18 tahun lagi sudah bersama pasukan Liverpool. ' You'll never walk alone '..... Poster original Liverpool ini diambil dari majalah Shoot keluaran tahun 1980.


Friday, July 8, 2011

Lama tak main benda ni...

Tak salah kalau simpan mainan mcm ni dalam koleksi mainan anda dulu-dulu. Bukan senang nak dapat patern macam ni lagi. Banyak aku dapat tapi kebanyakannya sudah reput di makan usia. Hanya ini yang sesuai untuk dipostingkan.




Di hati memang nak buka sarung plastik ini sebab dah lama tak layan mainan ini tapi sayang le pulak :)

Thursday, July 7, 2011

Akan datang pulak...

Walaupun Garage Sale 2011 Anggerik Mall sudah 4 hari berlalu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur iaitu kak Liza 'Kedai Ipoh Loken ' yang berhempas pulas menjayakan penganjuran ini. Penganjuran kali ni amat bermakna buat saya dan rakan-rakan saya kerana secara tak langsung telah mengenali peniaga2 yang kebanyakannya juga adalah ' collector ' juga baik PML, botol, toys, buku dan banyak lagi lah. Terima kasih kepada pengunjung2 yang telah datang ke Anggerik Mall tempohari dan kebanyakannya juga peminat garage sale, barang lama, PML, botol, bloggers, silent readers dan new collector pun turut hadir.




Harap maaf sekiranya ada kesilapan, terkasar atau terlupa dari saya kepada penganjur, peniaga2 garage, pengunjung dan rakan2 se-table. Akan datang pulak Garage Sale, kita jumpa lagi..

Kalau nak layan lagi gambar2 suasana tempohari Garage Sale, sila melayari blog Kak Liza
http://kedaiipohloken.blogspot.com/ atau blog Mie Coke http://wangseggetjb.blogspot.com/


Thursday, June 30, 2011

Datang...jangan tak datang..!!!!

Saya ada membuka 1 table bersama saudara En.Megat Bobber pada 2 & 3 Julai nanti di Anggerik Mall, Shah Alam... Nak tau barang2nya, datanglah ke table kami pada Sabtu dan Ahad ini. Jangan tak datang yek !!!


p/s : Dengar2 ramai jugak otai dan bloggers yang sudah tempah table.. pasti meriah sebab ramai kenkawan dan collector boleh jumpa nanti....untuk keterangan lanjut sila ke blog http://kedaiipohloken.blogspot.com/


Sunday, June 26, 2011

Sedapnya air oren...

Dua hari lepas aku pulang ke kampung. Macam biasa la singgah sekejap kedai besi buruk. Dah lama tak jumpa abg tu. Dulu datang sebab ada barang menunggu. Kali ni saje jenguk2 kot-kot ada barang lain yang tak di sangka. Memang ada tapi dia yang punya. Kawan abg tu buat bekal air masak ke tempat kerja. Tak perlu aku buang masa yang lama, hanya 5 minit lebih kurang, aku berjaya menukar hak milik botol plastik yang berisi air masak kepada aku dengan bermodalkan RM 5 jer. Gembira hati rasanya dan masa menerus semula perjalanan pulang tu terbayang kalau botol ini masih berisi air orennya, sudah pasti enak di minum dengan dicampur ketulan ais lebih2 lagi 2-3 hari ni cuaca panas terik skit.

Pet bottle 2 Liter minuman F&N Oren Crush berkarbonat ( bontot bawah tapak hitam ) masih kondisi baik, tak kemek sana sini. Dah bertahun lama jugak mencari, akhirnya berjaya.






Masih memburu banyak lagi perisa dan jenama pet bottle ( bontot bawah tapak hitam ) lebih2 lagi 2 - 2.25 liter yang semakin sukar sekarang.




Sunday, June 5, 2011

Ada lagi.....

Lama juga aku tak update blog ini di atas kesibukan kerja dan mood nak berblogging hilang tetiba. Skang tau-tau dah cuti sekolah. So..aku ada lagi.. Macam kad top trumps ini. Time2 parah mencari barang2 old skool ni terkena pulak jetpot..Dapat pulak antara barang2 mcm ni.

Top Trumps Sports Planes




Top Trumps New Cars




Banyak jenis lagi kad Top Trumps yang masih aku mencari lagi ni. Kalau kenkawan ada extra ke boleh roger-roger aku ni.

Monday, April 11, 2011

Retype correction fluid

Ini satu lagi liquid paper atau correction fluid dalam koleksi saya iaitu dari jenama Retype. Mungkin anda pernah memakai yang ini? Percuma 1 paper clip apabila membeli satu set liquid ini.




Satu botol hijau correction fluid 20ml berberus dan satu botol merah 20ml solvent / thinner. Percuma 1 paper clip Retype.




Retype juga di pasarkan dari Bayan Lepas, Penang oleh sebuah syarikat dikenali Widetech Manufacturing Sdn.Bhd.

Saturday, April 9, 2011

Liquid paper oh liquid paper...

Rasanya kali terakhir aku terpandang liquid paper jenis ni tahun 1991 yang lalu. Jenama tidak aku ingat lagi tetapi jenama Paper Mate antara paling top dan mahal masa tu. Tipp- Ex correction fluid jenis berus sudah pasti antara kenkawan pernah menggunakannya. Aku rasa ramai generasi 90-an tak sempat mengguna liquid paper jenis berus ini kerana waktu itu liquid paper jenis goncang dulu ( bebola besi ) sudah mula masuk pasaran.




Untuk jenis ini mesti ada thinner untuk mencairkan liquid paper yang sudah keras di dalam botol berberus tersebut sebelum kita menyapu pada tempat yang salah tulis atau menaip.



Hati-hati ketika mengguna thinner ini sewaktu menuang beberapa titis ke dalam botol berberus tersebut kerana mudah gatal sedikit sekira terkena kulit dan pedih kalau terkena mata. Tapi aku ingat lagi masa dulu, abang aku suka sangat titis thinner liquid ini pada lipas2 yang berkeliaran di rumah orang tua. Mengelupar lipas dibuatnya.



Barangkali di sebelah utara masih ada kodak-kodak atau sisa-sisa liquid paper ini kerana bertempat di Perai, Pulau Pinang ia mula diedarkan. Tipp-Ex keluaran produk Jerman.