Showing posts with label Gelas. Show all posts
Showing posts with label Gelas. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Gelas apa pulak pasni...??

Dah lama tak posting pasal gelas dalam blog aku ni...asyik dengar botol berdarah jer keluar blog kenkawan...bukan sampai sakit kepala dengarnya, sakit gigi pun ada...pedih mata, menggigil pun ada..itu lah dunia koleksi malaya...itu baru bab botol, belum pinggan, tin, signboard, perabot, kotak rokok, dan mcm2 lagi la..tinggal nak gila jer belum..tak mintak pun...haahaaa...

Gelas plastik yg aku posting ni bukan gelas plastik berdarah pulak..jangan salah faham..cuma nak info dari kenkawan ada berapa lagi gelas yg keluar sempena Hari Pertabalan DYMM Sultan Perak ni jer...manatau Pepsi, 7up, Sinalco, Kickapoo pun ada keluarkan gelas untuk hari pertabalan ini...?? Setakat ni jer aku dapat 2 biji, satu gelas plastik Coke Malaya, satu lagi F&N Sarsi.. tanya seller2 pun takde jumpa yg lain lagi...




Papahal pun kalau kenkawan ada info, boleh share sama2..mungkin ada lagi yang lain..lupa letak mana ker..barang tu kat kampung ker...ada dalam kotak ker...sama2 kita tunggu...

Friday, October 30, 2009

Gelas Hacks..

Pada bulan Jun yg lalu pernah aku posting tin Hacks yg old skool..Kali ni aku nak posting gelas Hacks yg susah skit nak jumpa kat luar nun..Biasanya gelas2 old skool seperti Coca-Cola, F&N, 7-up, Milo, Ovaltine dan sebagainya, kita masih boleh didapati lagi di seller barang2 antik di AM PJ atau lokain Ipoh ( Memory lane ) ...







Hacks Icerana terak dan dada...Apa tu..??? Kali ni aku boleh pair-kan dengan tinnya sekali…

Saturday, June 13, 2009

Gelas Darkie ( dapat lagi....)




Balik kpg cuti sekolah hari tu pegi Memory Lane dapat le design gelas Darkie ni..Bertambah le koleksi gelas Darkie aku..


Gelas Darkie corak gambar keretapi...


Gelas Darkie corak mcm pokok kelapa daun merah hijau..


Gelas Darkie corak bunga mcm bunga orkid warna biru..

Gelas kaca mug Milo 1983




Gelas kaca Milo yg kedua old skool yg aku dapat ni keluaran tahun 1983 sempena Sukan Sea ke-12 di Singapura..Masa tu Milo menjadi minuman rasmi sukan Sea. Kalo kat gelanggang2 sukan masa tu mesti berlambak singboard trademark Milo..pasni kena korek skit kat mana tempat kot2 ada signboard old skool Milo..


Ini bahagian bawah gelas ni..Tapak bawah yg berbunga dan design old skool..Gelas ni pun boleh tahan kualitinya..Kaca dia tebal dan susah skit nak pecah.kalo nak pecah tu pecah jugak..2 bulan lepas ada gi Ampcorp, ada tin Milo old skool tapi duit takde plakkk....Datang balik minggu depan lebooorrr org Perak ckp..Takpe, ada otai barang old skool cuba dapatkan utk aku pasni..

Saturday, May 23, 2009

Gelas Darkie


Gelas Darkie merupakan hadiah 'free' apabila kita beli ubat gigi Darkie masa dulu..Skang nama Darkie dah tukar Darlie..Tak silap saya, dulu kotak ubat gigi Darkie ni warna hitam putih skang Darlie hijau putih..mamat yg pakai topi tinggi tu sambil senyum jeghogin nampak gigi tu masih ada,popular sampai skang..Takde muka lain ke??


Ayat yg tertulis pd gelas Darkie ni di atas 'Cleaner Teeth' ,ayat bawah 'Darkie' 'Cooler Taste'..Pastu ada le tempek gambar2 rumah,pokok..Warna gelas yg ada pada saya warna biru dan merah..Nanti free saya upload photo gelas Darkie yg merah tu. Design sama. Kalau korang tau ada brape model gelas free Darkie,citerlah kat saya..


(02.06.09) aku upload gelas yg warna merah..ada geng dah...

Sunday, May 3, 2009

Gelas kaca MILO


Gelas kaca tebal ni di bahagian hampir atasnya ada label hijau berlatarkan gambar atlet acara sukan permainan olahraga, lompat tinggi, besbol, badminton, lompat pagar, lontar lembing, hoki, ragbi, lumba basikal. Ada trademark MILO dan bawahnya ada tulisan ' CELEBRATE THE L.A. 1984 OLYMPICS '.

Menurut cerita otai2 yg gila minum Milo dulu,kini dan selamanye, gelas ni dapat pereee ( free ) kalau beli tin Milo yg besor bapok tu pada era 80-an...Kalau ada sahabat2, collector yg tau citer gelas ni yg betoinye, story le kat saya...