Thursday, January 26, 2012

Jom turun....!

Jom kita semua turun ke Puchong pada hari Sabtu ni menyaksikan ....




Tarikh : 28hb Januari 2012 ( Sabtu )

Masa : 3.00 PM - 7.00 PM

Tempat : Ipoh Station Antique Cafe, Bandar Puchong Utama ( berhadapan LDP highway )




Acara-acara menarik seperti pameran botol2 soda vintage, poster dan gambar2, tayangan video, jualan car boot sale dan berbagai lagi menanti para pengunjung yang hadir. Kita turun ramai2 ke sana nanti kerana ia terbuka kepada semua pengunjung dan collector2. Sama2 kita memberi sokongan kepada rakan2 kita dan mengeratkan lagi silaturrahim untuk event kali ke -2 ini. Jangan lupa ke car boot saya nanti... hehehe..

Sedikit info tambahan dari blog Hobi En Mat :-

Sesiapa yang ingin join Hi Tea ( ada makanan dan minuman ) bayaran dikenakan adalah RM 15.00 seorang dan bayaran akan dikutip semasa event nanti

....dan sekiranya tuan ingin hadir sebagai menyokong Botologi event dan tak mau join hi tea pun tidak apa, tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

....dan sekiranya nak order makan secara ala carte pun boleh, order terus dari restoran... tapi sendiri bayar .

...dan sesiapa yang ingin join car boot sale, tidak dikenakan sebarang bayaran, tapak berdasarkan first come first serve basis, Buka Bonet Jual Barang...FREE OF CHARGE.

...dan sesiapa yang nak beli barang , dinasihatkan membawa duit kecil banyak-banyak. Lebih dari 10 peniaga di jangka akan membuka car boot sale

...dan sesiapa yang ingin order t shirt boleh berhubung dgn bro megat http://mgtbobber.blogspot.com/

No comments: