Tahniah sekali lagi kepada team bola Harimau Malaya kita kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun terpaksa naik kereta perisai ke Stadium Gelora dari hotel penginapan sebelum sepak mula final round 2..Champion punya pasal cuti umum hari Jumaat.
Tinggal beberapa hari lagi juga 2010 nak abis dan sessi persekolahan 2011 akan bermula. Sudah pasti tauke baju, seluar, beg dan kasut sekolah pening kepala nak kira duit. Balik-balik mak bapak pening kepala duit sudah kopak. Itu belum kira yuran dan buku2 sekolah lagi. Apa-apa pun kita layan dulu muka depan suratkhabar The Straits Times malaysian edition bertarikh 19 May 1971.
Menariknya ada iklan kasut BATA di dalam helaian suratkhabar ini.
Dulu aku pernah posting pasal kasut Bata tapak hijau ( Badminton Master ) dan tapak merah. Kali ini masih tapak merah lagi tapi untuk design 28.
Design 28 ada tertulis tournament di dalam kasut tersebut.
Sisi tepi getah tapak design 28 ini juga ada beza skit dgn tapak merah yg pernah aku dapat satu lagi tu. Kasut ni aku dapat memang takde kotaknya. Saiz tapak 6.. Next, senang2 nanti aku posting kasut Bata untuk main sepak takraw pulak.
Ulang Tahun Ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB), 1949 - 2024
-
Sumber gambar mykoleksi ambil dari FBItem dalam gambar bukan keluaran Bank
Negara Malaysia (BNM), satu lagi duit syiling yang menarik untuk
dikeluarkan jik...
1 week ago
4 comments:
Dia ni pulak king kasut!! heheheheee..
fitri..bila pulak nk dapat kasut tapak merah fung keong..!! tak sabar nak tepek kat signboard
Mgtbobber,
Jangan ckp mcm tu bro. King kong marah nanti bro..Dah le aku simpan kasut dia bro..hehehehee....
Eis'antique,
Kalau ada rezeki muncul lah nanti.
as salam abg2.nk tnya kasut fung keong yg kt tapak tulis made in malaya agak2tahun bila ya?puas cari info tp x jmpa...
Post a Comment