Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya....

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger botol lama,pinggan lama,perabot lama,gelas lama ,duit lama,jam lama,mug,signboard lama serta seller2 barang lama,runner2,tokey2 kedai dan tak lupa juga pembaca blog saya yg setia...


Sekiranya ada salah silap saya di dalam blog saya sendiri dan di luar sana, ingin saya minta maaf bebanyak...

Kepada mgtbobber,en.Mat,nazrin,sham tak serupa...sorry tak dapat berjumpa hari tu di Ipoh Station Cafe hari tu...maaf dari hujung botol hingga ke hujung crate..heehee....

Sunday, September 5, 2010

Shopping raya 26 tahun yg lalu.....

Pejam celik pejam celik, dah nak abis puasa...Semalam, sempat jugak aku bershopping membeli apa yang sempat untuk orang2 yg tersayang di MidValley Kolumpo orang Perak kata...Ketika kepala runsing melihat orang ramai sedang membeli belah di saat2 akhir semalam sebelum meninggalkan ibu kota bercuti hari raya, terkenang aku tempat aku di bawa orang tua aku membeli baju raya 26 tahun yg lalu...nak di banding tempat aku dulu dan sekarang memang jauh berbeza...




Buat orang2 Ipoh, pasti tempat ni antara tempat yang akan di kenang selama2nya..dan tempat yg di maksudkan aku ialah ' Emporium PERAK sdn bhd '...




Hanya beg kertas ini saje lah yg boleh aku simpan untuk kenangan aku selama2nya...Seingat aku la, selepas 'Emporium' menakluk bangunan ini, ' Parkson Ria' pula yang mengambil alih sebelum di tutup selamanya...Kini, bangunan ini telah di ubah suai dan akan di jadikan bangunan ???? dah lama tak lalu sini, gambar yg di ambil pun 2 bulan lepas tu kebetulan lalu di situ.. bro Alim junkerIpoh, nak buat apa bangunan ini haa...???

p/s : Papan tanda JKR tu tiada kena mengena dengan bangunan ini..ia untuk papan tanda kerja ubah suai jambatan lama yg tak jauh dari situ..menurut rakan2 Ipoh, ada banyak botol guli telah dijumpai ketika jambatan itu sedang di runtuh....