Adakah tin Milo ini variasi pertama untuk keluaran 1.5 kg? Ermmm...
Thursday, February 17, 2011
Tin Milo 1.5 kg
Adakah tin Milo ini variasi pertama untuk keluaran 1.5 kg? Ermmm...
Saturday, February 12, 2011
Beg plastik Milo Sukan Seap 1971
Sedikit info ( sumber b.harian & utusan ) :
Bekas jaguh lumba basikal negara dan jurulatih basikal kebangsaan, Daud Ibrahim, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah treler di Kilometer 232.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, awal pagi 12 November 2010 yg lalu. Tahun 1971 merupakan tahun paling cemerlang dalam karier arwah apabila membolot empat pingat emas pada Sukan Seap 1971 yang menyaksikan dia dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun yang sama.
Arwah terus menyumbang bakti kepada negara dalam acara basikal apabila turut memungut satu pingat perak Sukan SEAP 1973, mewakili negara pada Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Komanwel yang dilangsungkan di New Zealand pada tahun 1974. Sebagai mengenang jasanya itu, arwah diberikan penghormatan menyalakan obor Sukan SEA XXI di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2001.
Wednesday, February 9, 2011
Botol racun Ridsect
Fat bottle 500ml F&N Sarsi
Tuesday, February 8, 2011
Ada korek2 ke cuti raya cina?
Dalam kedai tersebut belum masuk lagi. Berkunci.....kuncinya ada kat neneknya.Neneknya takde hari tu sebab pergi ke kampung sebelah..Ada beberapa botol dan tin susu tepung lama di sekitar tepi kedai tersebut yg sudah rosak. Ini je serpihan yg masih selamat di bawa pulang. Hujung bulan ini insyaAllah repeat balik kedai tersebut.
Thursday, February 3, 2011
Panas sudah berlalu....
Saturday, January 29, 2011
Beberapa jam jer lagi..panasss..!!!!

Photo terbaru persiapan hi-tea di ambil dari tuan blog Ipoh Station.. ( pinjam yek..hehehe )
Bayangkan nanti kemeriahan seperti suasana begini..Meriahnya...
Pada sessi hi-tea ini juga nanti, ada jualan car boot sale selepas itu. Saya antara peserta car boot. Lebihan botol dan barang2 lama koleksi saya untuk di clear stok. Apa dia barang ?? Datang le ke car boot saya nanti.. Harga memang best..!
p/s : Sessi botologi hi-tea untuk semua collector, pinggan, jam, baju bundle, duit, tak kira apa barang yg collect boleh datang join sessi ini. Bawak le anak2, isteri2, org tua yg masih sihat. Jgn ragu-ragu.. Makanan dan minuman di sini sedap2 dan halal !!!
Thursday, January 27, 2011
Krim rambut Vaseline
Bekas krim ini tidak banyak info seperti kebaikan krim ini untuk apa, masalah gugur rambut ke, melebatkan rambut ke. Cuma tertulis cap dagang Vaseline dan alamat kilang tersebut. Memang ringkas.
Masih belum dibuka lagi tapi kandungan di dalam sudah pasti rosak. Kalau di goncang2 bekas ini terasa sesuatu berketul2 bergerak di dalam.
Thursday, January 13, 2011
Shampoo Clairol
Shampoo ini untuk rambut yang jenis kering2.
Shampoo ini untuk rambut yang jenis berminyak-minyak. Bukan orang minyak yek..
p/s : Shampoo lah rambut anda selalu supaya lebih sihat dan kuat. Tapi kadang2 shampoo boleh diguna untuk cuci kereta dan motor yek..
Tuesday, January 4, 2011
Kalender BATA...
Antara kalender tak brape lama dalam simpanan aku ialah kalender keluaran dari kasut BATA iaitu tahun 1989..
Kalender ini 2 helai sahaja, ringkas dan setiap helaian mengambarkan kehidupan binatang sedunia yang perlu di selamatkan sebelum spesis ini pupus selamanya.. BATA antara syarikat yang menyokong WWF..
Kalendar dari BATA tahun 1990..
Kalender ini 2 helai juga, ringkas dan setiap helaian mengambarkan tempat2 menarik di Malaysia, sukan dan alat permainan tradisional yg ada serta budaya resam di Malaysia. Tahun 1990 juga merupakan tahun melawat Malaysia, secara tak langsung BATA mempromosi Malaysia melalui kalender selain produk2 yg lain dari BATA.





















