Sunday, October 23, 2011

Tin Sign Vinac

Tin sign Vinac berukuran 9" x 9" dengan condition yang tak berapa cantik sangat.




" Pening-pening kepala dan segala penyakit segera hilang kalau tuan memakan Vinac "

Saturday, October 15, 2011

Ubat Vinac

Bila sakit makan ubat. Itu lah yang biasa kita dengar. Macamane pulak yang takut makan ubat ? Mungkin itu cerita zaman silam dan sekarang dah pandai makan ubat kot. Begitu juga lah al-kisah ubat Vinac ini mungkin di kalangan anda pernah merasainya. Zaman aku kecik-kecik dulu biasa makan ubat cortal. Ubat Vinac ni aku dapat di kedai lama yg sudah tutup di kampung adik ipar aku.







P/s : Jauhi ubat dari kanak-kanak.


Sunday, October 9, 2011

Tin sign F&N Orange Crush

Tin sign F&N Orange Crush berukuran 10" x 30" ini tiada kena mengena dengan sambungan cerita jejak agen Telok Anson hari tu. Dapat tin sign ni pun di tempat lain.




Dua gelas, dua tin Oren Crush 325ml.. Sedapppp........

Thursday, October 6, 2011

Jejak agen Telok Anson

Baru-baru ini aku pulang ke kampung isteri aku di Teluk Anson. Ambik cuti 1 hari saja ( Jumaat ) + Sabtu / Ahad memang dah cuti. Pelan asal nak memancing udang galah di siang hari tapi FIL aku cakap tak payah la pancing. Menjala je la malam nanti, siang2 payah nak dapat. Bila FIL aku cakap macam tu, cancell terus nak memancing. Jangan kata malam, tengah malam pun belum pasti aku nak turun ke sungai. Ada lahhhh .......

Lepas tu, saje aku sms bro Juddhebat kot2 dia ada cuti-cuti di Bagan Datoh, Perak. Boleh ajak skali pergi menjember ke, menjejak kasih ke. Tapi sms yang aku terima dari beliau " xblik la.." Takpe bro, lain kali pulak. Jadi aktiviti aku siang hari tu jalan2 sekitar bandar Telok Anson. Sempat jugak aku lepak borak2 di kedai uncle Wan. Balik tu saje aku nak lalu di satu tempat yang jarang orang ramai yang lalu di sini.Kira nak jejak sesuatu di sini buat kali ketiga.


Bila terpandang kunci air di hadapan seperti lokasi memancing.


Sebelah kanan ternampak bangunan di halang pandangan oleh pokok2.


Bila semakin dekat kunci air, ternampak terbentang luas sungai Perak.


Bangunan terlindung pandangan tadi sudah semakin dekat. Lain macam tempat ni kalau pertama kali datang.


Apabila mendekati bangunan tersebut, baru tahu ada tempat baik pulih bot2 sungai di tepi bangunan tersebut.


Aku melalui di tepi sepanjang bangunan tersebut yang seperti gudang lama dengan pintu-pintu di situ tertutup rapat. Harap-harap takde Zombie yang sedang memerhati kedatangan aku ke sini.


Apabila aku sampai ke bahagian belakang bangunan tersebut, baru lah aku perasan sedikit sebanyak sejarah asal bangunan tersebut. Mungkin di sini kah stor / gudang agen Fraser & Neave di Telok Anson ketika itu ? Ada sisa-sisa lagi kah botol2, crate,signboard F&N di gudang ini ? Kenapa pintu itu di tulis Di Larang Ceroboh ? Yang pasti aku sudah jumpa owner yang menampal amaran tersebut. Hehehe..........

Sunday, October 2, 2011

Dah mula dahhh......

Apa yang dah mula dahhh ...?? Ermm.. maksud aku di sini sebenarnya adalah orang dah mula dah berangkat-rangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji tak lama lagi. Tengahari tadi aku sempat membawa ayahanda aku untuk membaca kan sedikit doa selamat untuk satu pihak keluarga yang akan berangkat ke tanah suci beberapa hari je lagi.

Bila dengar orang pergi atau balik haji, mula lah teringat lagi kenangan masa kecik2 sekitar tahun 80-an dulu barang2 seperti jubah, kopiah haji, tasbih, minum air zam-zam pasti dapat dari orang yang balik haji. Tambah best lagi dapat view-master ni. Berebut-rebut nak teropong yer..

Yang ni adalah 3D View-Master model J. Tahun lepas aku pernah posting dalam blog ini untuk model L.

3D View-Master model J




Condition view-master ini 95% baik sekali. Memang kena layan beb !! Abis dah keluar balik dari almari, kenalah layan dulu reel - reel yang aku ada. Pastu dah nak kena simpan balik.. hehehe....
Model ini berada dipasaran sekitar tahun 1975 sehingga 1994 dan dikilangkan di negara Belgium sahaja. Kat sana model ni digelar European Model 10.


Saturday, September 10, 2011

Mari menabung.

Rasanya mood raya masih di tahap melegak2 lagi. Apa-apa pun jangan lupa menabung duit raya anak2 tersayang demi masa hadapan. Yang bujang2 tu pandai2 le berjimat cermat lepas raya ni.

Tabung duit Pepsi ( Pepsi Coin Can ) ni masih kosong lagi. Boleh start menyimpan duit.






Alamat pada Pepsi Coin Can ini No.52 Jalan Pencala, Petaling Jaya, Selangor.

Thursday, September 1, 2011

Selamat berhari raya....

Hari ni dah raya ke-3. Rasanya besok ada yang dah mula bekerja. Tidak lupa dari saya untuk semua rakan blog, rakan2 sehobi sejiwa, rakan2 apa barang2 lama, silent reader dan peniaga2 " Selamat belated Hari Raya Aidil-Fitri " dan Maaf Zahir & Batin sekira ada salah silap dari saya.

Terlewat nak wish raya untuk semua rakan2 disebabkan kesibukan dan saya masih bertugas di hari raya.Sambil layan lagu raya, jangan lupa dengar lagu dari Dr.Sam kerana kita anak Malaysia kena raya kemerdekaan negara kita ke-54 juga semalam.




Muka satu boleh dengar lagu Saya Anak Malaysia.
Muka dua boleh layan lagu Esok Hari Raya.

Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432 dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia, rakan-rakan sehobi dan collector yang lain, bloggers dan silent readers.

" PESANAN JIBRAIL A.S KEPADA NABI S.A.W MENJELANG RAMADHAN. JANGAN LUPA BERMOHON MAAF DENGAN 3 GOLONGAN KETIKA HADIR RAMADHAN.

1. MAAF TERHADAP KEDUA IBUBAPA
2. MAAF SESAMA SUAMI ISTERI
3. MAAF PADA KELUARGA, SAHABAT-SAHABAT DAN MEREKA DI SEKELILING KITA.

DI SINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN KIRANYA ADA
"


Iklan Coke di atas di ambil dari Majalah Bola Sepak keluaran Mac 1994. Hari ni nikmatnya tak terasa lagi apatah lagi melihat airnya bergas. Sakit hidung jer kalau minum air bergas ni. Besok hangpa tau la. hehehe...

Wednesday, July 27, 2011

Alamak..tiket bola dah habis...

Macam tak percaya jer tiket bola Malaysia lawan Singapura dah habis sold out. Tak pernah jadi macam ni. 85,000 keping habis 2 hari. Kalah rekod jualan tiket game Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru2 ni..


Gambar tiket bola ni telah di ciplak dari blog En.Mat. Nampak gaya besok petang lepas habis kerja kena terus ke stadium dan pakai formula 3B ni.. Macam biasa la...

Formula 3 B :

Beli = beli tiket ulat atau mana mamat2 yang last2 terlebih tiket nak jual ( tepi pagar )
Bayor = bayor xxxx . tak boleh cerita bab ni. Pandai-pandai lah..
Balik = balik tengok kat kedai mamak laa...apa laa...

Apa-apa pun aku doakan semoga Malaysia menang 3-o besok.

Monday, July 25, 2011

Masih ada botol soda lagi....

Tidak di sangka 3 hari lepas ketika perjalanan pulang ke kampung untuk majlis menyambut puasa dan tahlil, aku singgah sebuah kedai papan tak jauh dari pekan Botei.Saja nak tengok-tengok apa botol soda yang ada.


Dan tak ku sangka jugak hari tu memang dah rezeki aku di beri ' green light ' untuk geledah crate-crate kayu yang telah di penuhi botol2 soda kosong hampir 15 tahun yang lalu. Sebelum ini dah lebih 10 orang kempunan dan pulang tangan kosong setelah tuan empunya crate dan botol soda tersebut tidak bagi usik dan tidak mahu jual barang tersebut.

Pepatah lama ' sikit-sikit lama-lama jadi bukit' . Pilih punya pilih, 1 peti penuh botol soda dan 2 peti kosong aku bawak balik.