Saturday, January 29, 2011

Beberapa jam jer lagi..panasss..!!!!

Tinggal beberapa jam lagi bermula le sessi mabuk teh terbesar atau botologi hi-tea berlangsung di Ipoh Station Antique Cafe, Bdr Puchong Jaya, Selangor. Maka, berkumpul lah nanti collector2 dari group2 utara hingga le selatan tanah air, blogger2 dan turut serta juga silent reader.



Photo terbaru persiapan hi-tea di ambil dari tuan blog Ipoh Station.. ( pinjam yek..hehehe )


Bayangkan nanti kemeriahan seperti suasana begini..Meriahnya...

Pada sessi hi-tea ini juga nanti, ada jualan car boot sale selepas itu. Saya antara peserta car boot. Lebihan botol dan barang2 lama koleksi saya untuk di clear stok. Apa dia barang ?? Datang le ke car boot saya nanti.. Harga memang best..!

p/s : Sessi botologi hi-tea untuk semua collector, pinggan, jam, baju bundle, duit, tak kira apa barang yg collect boleh datang join sessi ini. Bawak le anak2, isteri2, org tua yg masih sihat. Jgn ragu-ragu.. Makanan dan minuman di sini sedap2 dan halal !!!

Thursday, January 27, 2011

Krim rambut Vaseline

Krim rambut Vaseline salah satu jenama masih terkenal sehingga kini. Krim rambut ini pernah dijual era tahun 80-an dulu. Bekas krim yang diperbuat dpd plastik dan ringan.



Bekas krim ini tidak banyak info seperti kebaikan krim ini untuk apa, masalah gugur rambut ke, melebatkan rambut ke. Cuma tertulis cap dagang Vaseline dan alamat kilang tersebut. Memang ringkas.


Masih belum dibuka lagi tapi kandungan di dalam sudah pasti rosak. Kalau di goncang2 bekas ini terasa sesuatu berketul2 bergerak di dalam.

Thursday, January 13, 2011

Shampoo Clairol

Shampoo Clairol tahun 80-an yang masih belum digunakan lagi. Pasti ramai biasa mengguna jenama ini. Kali terakhir aku mengguna jenama Clairol ialah sekitar tahun 2000 dulu. Shampoonya wangi dengan bau herba yang harum..Sekarang pakai Rejoice je..




Shampoo ini untuk rambut yang jenis kering2.




Shampoo ini untuk rambut yang jenis berminyak-minyak. Bukan orang minyak yek..



p/s : Shampoo lah rambut anda selalu supaya lebih sihat dan kuat. Tapi kadang2 shampoo boleh diguna untuk cuci kereta dan motor yek..

Tuesday, January 4, 2011

Kalender BATA...

Bila tahun baru datang, macam2 kalender dapat sama ada di beri percuma, beli barang dapat kalender atau minta sendiri nak kalender tahun baru..Berbagai saiz kalender sekarang daripada saiz yg besar, sedang-sedang, kecik-kecik, 12 muka, 6 muka hingga lah 1 muka helai kalender.

Antara kalender tak brape lama dalam simpanan aku ialah kalender keluaran dari kasut BATA iaitu tahun 1989..




Kalender ini 2 helai sahaja, ringkas dan setiap helaian mengambarkan kehidupan binatang sedunia yang perlu di selamatkan sebelum spesis ini pupus selamanya.. BATA antara syarikat yang menyokong WWF..

Kalendar dari BATA tahun 1990..




Kalender ini 2 helai juga, ringkas dan setiap helaian mengambarkan tempat2 menarik di Malaysia, sukan dan alat permainan tradisional yg ada serta budaya resam di Malaysia. Tahun 1990 juga merupakan tahun melawat Malaysia, secara tak langsung BATA mempromosi Malaysia melalui kalender selain produk2 yg lain dari BATA.


Saturday, January 1, 2011

Beg plastik Milkmaid Nestle

Salam semua..Selamat tahun baru 2011 kepada semua kenkawan blogger dari geng2 botologi, pinggan, gelas, jam-jam, signboard, buku dan majalah, kasut, baju bundle, duit lama, runner2 dan tauke barang lama, tauke2 kedai dan mcm2 lagi yg tak sempat nak sebut..Semoga tahun baru ini, kita sentiasa di dalam keadaan selamat, sihat dan meneruskan agenda hobi masing2...


Beg plastik lama daripada produk Nestle untuk Milkmaid Full Cream Sweetened Condensed Milk aka susu cap junjung... ' Happy New Year ' !!!