Saturday, November 27, 2010

1955 Gibbs S.R Toothpaste

Nasib aku baik cuti raya haji tempohari, aku singgah sebuah kedai lama di pekan lama Perak. Kedai ini memang dulu pernah jual kasut Aliph. Pendek cerita, kedai ni masih terrr..simpan ubat gigi lama. Kalau tanya aku, mana pernah aku tengok ubat gigi ni, apatah lagi dengar jenamanya. Barang kali org tua kita yg masih ada mungkin tak lupa lagi jenama ini.. Gibbs S.R Toothpaste .



Tauke ni kata masa dia kecik2 dulu, bapaknya dulu memang jual ubat gigi ini di kedai ni. Dia pun tak perasan ada lagi ubat gigi lama2 mcm ni dalam almari kaca lama dia ni. Sebab skang dia malas nak berniaga sangat di atas sebab faktor usia, sewa kedai mahal dan pelanggan pun kurang. Tak ambik port dah nak kemas2 barang, kedai pun bukak ikut suka jer..


Condition kotak masih baik dan pada sisi pelipat penutup kotak ini terdapat 'short advertisement' produk baru Gibbs yg tertera ayat " Gibbs new one-lather shampoo for lovelier hair " dan gambar botol shampoo tersebut.




Ada sedikit info dan rujukan yg di petik dari website pasal Gibbs S.R Toothpaste :


The first commercial shown on TV in Britain was for Gibbs S R Toothpaste and was transmitted at 8.12 pm on Sept 22 1955 during a variety show hosted by Jack Jackson.

Viewers saw a tube of toothpaste embedded in a block of ice and a woman called Meg Smith brushing her teeth in the approved manner, "up and down and round the gums". The immaculate tones of Alex Macintosh delivered the newly-minted slogan: "It's tingling fresh. It's fresh as ice. It's Gibbs SR toothpaste."

The commercial owed its prime placing to chance. The Gibbs advertisement had come first in a lottery drawn with 23 other advertisements, including those for Guinness, Surf, National Benzole, Brown & Polson Custard and Summer County Margarine..


Sunday, November 21, 2010

View-master

Aku ingat lagi 25 tahun yang lalu sewaktu musim haji, pakcik aku belikan teropong ajaib atau di kenali ' View-master ' untuk abang aku sewaktu pulang ke tanah air selepas menunaikan haji.. Masa tu aku standard 1. Aku mengelopong jer sebab tak dapat. Orang kata buah tangan utk anak2 sedara atau cucu2.. Pendek cerita masa tu confirm memang berebut la dengan aku. Tak sampai lama pun benda tu memang jahanam.. !! Aku pasti kenkawan pun pernah merasa suasana mcm ni yang lalu.. Yang tinggal hingga hari ni hanya reel gambar2 di Mekah 3 keping dan beberapa reel yg lain.




View-master ni merupakan model L dan tahun ia dikeluarkan adalah sejak dari 1977 dan tahun 2000 masih dikeluarkan lagi. Aku ingat lagi view-master yg dulu itu banyak beza dgn yg aku ada ini pada tulisan GAF bukan 3D, lebih kotak 4 segi bentuknya dan tempat tarik reel yg rata.. Sudah mencari yg dulu tu ( model J ) dan sedang berkira-kira.. Yang ni aku dapat di lokain Ipoh masa kat tepi sungai dulu.. pernah dapat sebijik lagi di memory lane Ipoh tapi buat untuk anak aku dan bapaknya skali main..






Bila lihat gambar Kaabah, Hajarul-aswad pasti terkenang sewaktu aku pertama kali main view-master yg dulu tu.. memang old skool..



Untuk reel yg ada kartun paling anak aku minat skali.. lebih2 lagi melihat gambar itu 3D..




The LONE RANGER , Daktari & Lassiee



Dracula, Batman & Captain America



Space : 1999 & MT. Vernon Virginia



Birds of the World & Harlem Globetrotters

Kebanyakan reel yang aku ada masih baik, complete set cuma cover reel takde.. Untuk nak dapat info lebih pasal view-master ni boleh rujuk banyak di website pasal view-master ni. Antara rujukan aku http://www.viewmaster.co.uk/

Tuesday, November 16, 2010

Balang coklat Nestle's

Satu barang lagi yang tak di sangka aku dapat ialah balang kaca coklat Nestle's. Dua kali aku pergi ke tempat yg sama sebelum ni memang aku tak perasan. Mana tidaknya keseluruhan balang ini berdebu tanah coklat memandangkan kedai papan ini pernah di tenggelami banjir lumpur beberapa kali sejak 30 tahun yg lalu..

Balang ini juga tersorok di belakang rak kedai dan lantai rak tersebut lebih kurang sama je warna dgn balang ini. Masa dapat tu aku hanya membersihkan skit guna suratkhabar jer. Cuba dapatkan penutup balang kaca ini tapi malangnya tuan kedai kata sudah buang sebab dah rosak. Itu barang kalau mau ambik balik cuci la..



Condition rak besi tempat letak balang kaca ini tak la berkarat yg malang cuma cat pada tulisan Nestle's tu ada terkumpil sana sini skit..


Pandangan sisi balang kaca yg unik dan mesra tangan untuk mengambil coklat pada masa dulu. Berat jugak 2 biji balang ni. Boleh tahan ketebalan kaca balang tersebut..


Mungkin Nestle's Chocolate ni ada kait mengait dengan balang kaca yang aku dapat ini. Gambar ni aku ambik dari website dan sedikit info mengenai Nestle's Chocolate mula di pasaran sejak 1967. Kepada kenkawan yg ada katalog lama2 Nestle atau pengetahuan banyak pasal dunia nestle ni, hulur2 lah info utk di kongsi bersama-sama..

Saturday, November 13, 2010

Kisco..

Hari ni aku sambung balik barang yg aku dapat lagi tempoh hari. Agak kelewatan aku posting di sebab banyak aktiviti lain yg perlu aku selesaikan dulu..Botol Kisco ( kaca putih ) yg tak asing lagi jenamanya buat collector botol tanah air..




Di penghujung2 tahun 2010 ni, rezeki aku dapat lagi botol Kisco putih yg masih ada air lagi walaupun penutupnya karat malang...