Pada beg kertas ini sedikit sebanyak dapat rujukan tentang bateri National lama yg pernah keluar sebelum aku lahir ni…Kata seller yg jual beg kertas ini, dulu kalau beli bateri ni akan di beri beg kertas ini…Terdapat 2 warna bateri National yg pernah keluar ketika itu warna merah dan biru..Yang warna biru itu untuk bateri National Hyper seperti bekas tabung syiling bateri yg saya posting baru ini dan warna merah utk bateri National Hi-Top.
Pada muka depan beg kertas bateri National lama ini mengambarkan betapa kuatnya kuasa bateri National Hi-Top yg warna merah ini berbanding bateri biru National Hyper ibarat sebiji kapal terbang yg besar gedabak ini gagah terbang di udara ( giant power )…
Bahagian belakang beg kertas ini mengatakan Betteri “ Hi-Top” National ia-lah :
- Kuasa-nya lebeh hebat dan tahan lama daripada beteri biasa..
- Tahan di-simpan – walaupun selepas 3 tahun mutu-nya saperti baharu.
- Kesempurnaan menchegah-bochor.
Terdapat 3 jenis saiz yg dikeluarkan pada masa tu iaitu saiz AA, C dan D…
Itulah sedikit sebanyak nostalgia yg dapat rujuk dari beg kertas tentang bateri lama National yg pernah dikeluarkan oleh Matsushita Electric Co. ( M ) Bhd.
Ulang Tahun Ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB), 1949 - 2024
-
Sumber gambar mykoleksi ambil dari FBItem dalam gambar bukan keluaran Bank
Negara Malaysia (BNM), satu lagi duit syiling yang menarik untuk
dikeluarkan jik...
2 weeks ago